Kek Cheese




Bahan-bahan untuk kek :

- 6 biji telur ( 2 biji  daripadanya di buang putihnya )
- 100 g tepung gandum ( di ayak)
- 60 g tepung jagung ( di ayak )
- 100 g gula halus
- 1 sudu teh baking powder ( di ayak )
- 2 sudu teh ovallete
- 50 g air sejuk
- 75 g mentega ( cairkan )


Cara Membuatnya :

[1] Masukkan kesemua bahan kecuali mentega.

[2] Putar sampai gebu.

[3] Kemudian masukkan mentega dan putar hingga sebati.

[4] Bakar selama 45 minit bersuhu 180 darjah.




Bahan-bahan untuk cream cheese :

- 250 g cream cheese
- 5 sudu besar susu pekat
- Sedikit susu segar
- Cheddar cheese


Cara Membuatnya :

[1] Kisar kesemua bahan diatas kecuali cheddar cheese.

[2] Kemudian sapu hingga rata ke atas kek yang siap di bakar tadi.

[3] Taburkan cheddar cheese di atas kek tadi.

[4] Siap untuk di hidang.





Selamat mencuba :)





Credit : Resepi Nasiha Isa






Nasi Lemak


Image result for nasi lemak kelantan


Bahan-bahan untuk nasi :

- Beras
- Santan
- Sedikit garam
- Sedikit gula

* masak nasi seperti biasa ( gantikan air dengan santan )



Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis :

- 2 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah
- Sedikit halia
- Sedikit minyak masak
- 1 1/2 senduk cili boh
- Ikan bilis
- Gula
- Garam
- Ajinamoto
- Sedikit air




Cara Memasak :


[1] Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.

[2] Panaskan minyak masak.

[3] Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.

[4] Masukkan cili boh.

[5] Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh.

[6] Masukkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.

[7] Kacau, masukkan sedikit air dan biarkan hingga masak.




Selamat mencuba :)





Credit : Resepi Mak Tercinta





Telur Masak Pedas


Image result for telur mata masak pedas


Bahan-bahan :

- 3 biji telur
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Sedikit halia
- 4 sudu besar cili boh
- Gula
- Garam
- Ajinamoto
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air




Cara Memasak :


[1] Goreng telur mata.

[2] Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

[3] Tumiskan bawang yang telah di kisar tadi.

[4] Masukkan cili boh, kacau dan biarkan seketika.

[5] Tambah gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
  
[6] Masukkan sedikit air asam jawa.

[7] Masukkan sedikit air.

[8] Biarkan hingga masak dan masukkan telur mata yang telah digoreng tadi.

[9] Tutup api.




Selamat mencuba :)





Credit : Resepi Mak Tercinta




Tapai Pulut


Image result for tapai pulut


Bahan-bahan :

- 1 kg beras pulut
- 1 biji ragi
- 1 sudu besar gula
- Beberapa helai daun pisang



Cara Memasaknya :


[1] Rendam beras pulut terlebih dahulu selama 30 minit.

[2] Kemudian basuh beras pulut seperti basuh beras biasa.

[3] Kukus beras pulut tadi selama 15 minit.

[4] Angkat dan rendamkan sekejap periuk berisi beras pulut tadi ke dalam besen yang berisi air.

[5] Kukus lagi sekali beras pulut tadi selma 10 minit. 

[6] Kemudian sejukkan pulut di atas dulang.

[7] Hancurkan ragi.

[8] Taburkan diatas pulut menggunakan penapis dan gaul hingga rata.

[9] Taburkan gula dan gaul hingga rata.

[10] Bungkus kecil-kecil dengan daun pisang. Buat sampai habis.

[11] Masukkan semua tapai ke dalam besen. Bungkus besen dengan kain. Biarkan ia selama 1-2 hari sehingga ia berbau tapai / kemanis-manisan.

[12] Kemudian barulah simpan dalam peti sejuk.

[13] Sedia untuk di makan.



Selamat mencuba :)




Credit : Resepi Mak Tercinta





Puding Roti Marble


Image result for puding roti marble coklat


Bahan-bahan :

- 4 keping roti
- 2 biji telur 
- 1/2 cawan susu pekat
- 170 ml susu cair
- 10 g serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar marjerin ( cairkan )
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko
- sedikit esen vanila



Cara Membuatnya :


[1] Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.

[2] Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair, esen vanila dan lebihan air ( 1/2 cawan air ).

[3] Kemudian masukkan ke dalam periuk gara-agaryang sudah mendidih tadi. 

[4] Masukkan marjerin dan kacau hingga rata dan mendidih. Matikan api.

[5] Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Satu adunan biarkan warna asal.

[6] Satu lagi adunan masukkan serbuk koko. Kacau dengan pantas dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.

[7] Tuang dalam loyang secara berselang-seli.Sesenduk adunan asal dan sesenduk lagi adunan koko. Ulang hingga habis.

[8] Ketika melapis, hendaklah dilakukan dengan cepat kerana puding / agar-agar mudah sejuk membeku.

[9] Simpan di dalam peti sejuk.





Selamat mencuba :)





Credit : Mr Google





Biskut Semperit






Bahan-bahan :

- 375 g ( 1 1/2 blok ) buttercup
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 2 1/2 cawan tepung jagung
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 1/2 cawan gula



Cara Membuatnya :


[1] Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

[2] Ayak tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum supaya tepung tidak berbiji.

[3] Pukul mentega dan gula ( tidak perlu sampai kembang ).

[4] Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata menggunakan spatula / senduk.
  
[5] Masukkan campuran tepung ke dalam adunan di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut mengunakan tangan.

[6] Masukkan kedalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4 cm di atas dulang pembakar.

[7] Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit.

[8] Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan di dalam bekas kedap udara. 



Selamat mencuba :)




Credit : Mr Google





Kuih Siput






Bahan-bahan :

- 1 kg tepung gandum
- 1 senduk marjerin ( dicairkan )
- 2 biji telur
- 2 sudu besar santan
- Daun kari
- Air secukupnya
- 1 sudu besar serbuk kari daging / ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 5 sudu besar serbuk kari
- Garam secukupnya

Kisar halus :

- 1 sudu besar ketumbar
- 1 1/2 sudu kecil jintan manis
- 1 1/2 sudu kecil jintan putih
- 5 tangkai daun kari
- 1 sudu udang kering



Cara Membuatnya :



[1] Campurkan tepung gandum dan mentega bersama bahan font yang berwarna. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

[2] Masukkan telur dan santan. Gaul hingga sebati.

[3] Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

[4] Tekan di atas acuan biskut siput.

[5] Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak, masukkan beberapa helai daun kari ke dalam kuali.

[6] Goreng hingga garing dan rangup.

[7] Angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.





Selamat mencuba :)




Credit : Mr Google





Popia Nestum


Image result for popia nestum


Bahan-bahan :

- 1 bungkus popia
- 1 cawan nestum
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula



Cara Membuatnya :

[1] Kisar nestum, horlicks dan gula. Kemudian campurkan sekali dan gaul biar sebati.

[2] Gulung kulit popia. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia yang telah digulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan.

[3] Potong kulit popia yang telah dipotong tadi secara serong dengan gunting / pisau dengan jarak 1-2 cm.

[4] Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

[5] Apabila sudah sejuk, gaulkan popia dengan bahan yang yang telah dikisar tadi. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan.

[6] Simpan dalam bekas kedap udara.  




Selamat mencuba :)





Credit : Mr Google





Sayur Lemak Putih Terung






Bahan-bahan :

- 1 ekor ikan kembung / ikan selayang
- 2 ulas bawang merah
- Sedikit lada hitam
- Santan ( sekotak kecil / RM 2 )
- 2 biji terung
- 1 biji lada hijau
- Garam dan gula 



Cara memasaknya :


1] Rebus ikan.

2] Tumbuk bawang merah dan lada hitam. Masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulangnya dan tumbuk bersama sekali lagi.

3] Satukan santan, terung yang telah dipotong, lada hijau yang telah dihiris dan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam periuk.

4] Tambah garam dan gula secukup rasa.

5] Kemudian, panaskan atas api.

6] Masukkan sedikit air.

7] Kacau dan biarkan hingga masak.





Selamat mencuba :)




Credit : Resepi Mak Tercinta





Sambal Udang Petai


Image result for sambal udang petai


Bahan-bahan :

- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- Sedikit halia
- 3 sudip cili boh
- Gula, garam, ajinamoto
- 2 papan petai
- Udang



Cara memasaknya :


1] Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan.

2] Masukkan cili boh.

3] Tambahkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.

4] Masukkan petai.

5] Masukkan udang.

6] Biarkan ia hingga masak.



Selamat mencuba :)



Credit : Resepi Mak Tercinta