Puding Roti Marble


Image result for puding roti marble coklat


Bahan-bahan :

- 4 keping roti
- 2 biji telur 
- 1/2 cawan susu pekat
- 170 ml susu cair
- 10 g serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar marjerin ( cairkan )
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko
- sedikit esen vanila



Cara Membuatnya :


[1] Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.

[2] Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair, esen vanila dan lebihan air ( 1/2 cawan air ).

[3] Kemudian masukkan ke dalam periuk gara-agaryang sudah mendidih tadi. 

[4] Masukkan marjerin dan kacau hingga rata dan mendidih. Matikan api.

[5] Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Satu adunan biarkan warna asal.

[6] Satu lagi adunan masukkan serbuk koko. Kacau dengan pantas dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.

[7] Tuang dalam loyang secara berselang-seli.Sesenduk adunan asal dan sesenduk lagi adunan koko. Ulang hingga habis.

[8] Ketika melapis, hendaklah dilakukan dengan cepat kerana puding / agar-agar mudah sejuk membeku.

[9] Simpan di dalam peti sejuk.





Selamat mencuba :)





Credit : Mr Google





No comments:

Post a Comment