Ikan Singgang


Image result for ikan singgang


Bahan-bahan


- ½ kg ikan
 Sedikit lengkuas
 3 ulas bawang putih
 5 keping asam keping
1 biji lada besar hijau
 4 biji cili api
 Air
- Sedikit gula melaka ( untuk ikan tongkol sahaja )
-  Garam kasar & ajinamoto secukup rasa



Cara Memasaknya


[1] Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.

[2]  Biarkan ia di atas api hingga masak. 



Selamat mencuba :)




     Credit : Resepi Mak Tercinta




Roti Sardin Gulung






Bahan-bahan

-  Roti
- Sardin
- 1 ulas bawang besar (potong dadu)
-2 biji cili merah (potong serong / kecil)
- Sedikit garam
- Minyak masak
- 1 biji limau nipis / kasturi
- 1 biji telur
- Sedikit tepung gandum + air (bancuh)




Cara Memasaknya


[1] Hancurkan ikan sardin menggunakan garpu.

[2] Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama cili merah. Masukkan sardin. Tambahkan garam dan perahan limau nipis. Biarkan hingga masak.

[3] Kukus roti.

[4] Gelekkan roti yang dikukus tadi menjadi leper. Letak inti dan terus gulung. Kat hujung tu letak bancuhan tepung gandum bagi roti tu melekat.


[5] Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng setelah minyak panas.



Selamat mencuba :)




    Credit : Mr Google




Daging Masak Kicap





Bahan-bahan


- Daging
- Sedikit halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 2 sudu besar cili boh
- Kicap manis
- Air rebusan daging
- Garam, gula, ajinamoto secukup rasa





Cara Memasaknya


[1] Rebus daging hingga empuk.

[2] Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah.

[3] Tumis bawang tadi dan masukkan cili boh.

[4] Masukkan daging dan air rebusannya tadi.

[5] Tambah kicap, garam, gula dan ajinamoto.

[6] Kacau dan biarkan ia masak.



Selamat mencuba :)




     Credit : Resepi Mak Tercinta





Mee Rebus


Image result for mee rebus kelantan



Bahan-bahan


1 bungkus mee kuning
 Ayam / daging
- Udang / sotong
- Sawi & kubis
- 3 ulas bawang putih (diketuk dgn ulu lesung)
- 2 biji telur
-  Garam, gula, ajinamoto
-  Minyak masak




Cara Memasaknya


[1]     Rebus ayam / daging hingga mendidih. Ketepikan.

[2]   Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih.

[3]    Masukkan sawi dan kubis yang telah dipotong.

[4]    Masukkan air rebusan ayam / daging tadi.

[5]    Tambahkan garam, gula, ajinamoto secukup rasa.

[6]    Masukkan udang / sotong.

[7]    Kacau kuah itu.

[8]   Kemudian pecahkan telur.

[9]    Biarkan kuah itu masak.

[10]  Selepas itu, celur mee kuning.




Selamat mencuba :)




     Credit : Resepi Mak Tercinta