Kuih Cara


Bahan-bahan :

- 1 biji telur
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- Sedikit perwarna hijau
- Sedikit garam
- 1 helai daun pandan


Cara membuatnya :

1] Kisar telur, tepung gandum, air, garam dan pewarna hingga sebati.

2] Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak masak guna daun pandan ( ikat daun pandan tu )

3] Tuangkan bacuhan tadi ke dalam acuan. Letakkan sedikit gula atas setiap acuan bacuhan tadi.

4] Tutup dengan tudung periuk. Biarkan hingga masak hingga lapisan atas tidak melekat. 



Selamat mencuba :)



Credit: Resepi Mak Tercinta





Ikan Keli Berlada


Image result for ikan keli berlada


Bahan-bahan :

Part A
- 2 biji cili merah
- 3 biji cili api
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 ulas bawang besar
- Sedikit halia

Part B
- Ikan keli
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Ajinamoto
- 3 sudu besar cili boh



Cara memasaknya :


1] Basuh ikan keli dengan air dan tepung gandum. Cuci hinga bersih.

2] Gaul ikan keli dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika dan goreng.

3] Setelah siap digoreng, angkat dan toskan.

4] Kisar kesemua bahan part A.

5] Masukkan bahan yang siap dikisar tadi ke dalam kuali ikan tadi. ( buang sedikit minyak ikan tadi ). Tumiskan.

6] Masukkan cili boh.

7] Tambahkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.

8] Tambah sedikit air.

9] Masukkan sedikit air asam jawa.

10] Masukkan ikan dan tutup api.  




Selamat mencuba :)



Credit :Resepi Mak Tercinta








Kek Pelangi




Bahan-bahan :

- 3 biji telur
- 1 cawan marjerin
- 3/4 cawan gula castor
- 1 3/4 cawan tepung gandum - di ayak
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla



Cara membuatnya :


1] Kisar telur, marjerin dan gula castor bersama hingga kembang.

2] Masukkan esen vanila dan susu pekat manis. kacau rata hingga sebati.

3] Masukkan tepung gandum dan baking powder. ( kaup balik je )

4] Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian. Letak pewarna mengikut citarasa sendiri.

5] Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan ditabur sedikit tepung.

6] Tuangkan satu persatu adunan warna.

7] Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 C hingga kek itu masak.




Selamat mencuba :)


Credit : Mr Goggle





Kek Gula Hangus


Related image


Bahan-bahan untuk gula hangus :


- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar marjerin


Cara buat gula hangus :


1] Masak gula dalam kuali hingga bertukar warna perang / keemasan (api sederhana). Pastikan gula sentiasa dikacau.

2] Kemudian, tuangkan air panas ke dalam gula hangus tadi. ( Semasa proses tuang air panas ni, hati-hati kerana air gula akan membuak / meletup. )

3] Setelah air di masukkan, gula akan sedikit berketul, biarkan dan teruskan kacau hingga larut.

4] Setelah gula larut, masukkan marjerin. Tutup api dan sejukkan. ( ingat mesti sejukkan dulu, kalau tak kek jadi bantat - tunggu sampai ada lapisan marjerin kat atas gula = macam lemak beku ) 



Bahan-bahan kek :

- 7 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum - di ayak
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara :

**  Panaskan oven 170 C selama 10 minit.

1] Pukul telur hingga kembang.

2] Masukkan susu pekat. Kisar lagi.

3] Masukkan esen vanilla.

4] Masukkan tepung sedikit demi sedikit .

5] Masukkan gula hangus tadi. Putar sebati. ( Adunan agak cair, jangan risau )

6] Gris loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

7] Bakar selama 1 jam ( 50 minit api bawah + 10 minit api atas ) suhu 170 C bergantung kepada oven masing-masing.

*** untuk dapat potongan yang cantik dam berlubang, potong tengah kemudian tengok urat kek, potong melintang garisan.


Selamat mencuba :)



Credit : Facebook