Nasi Ayam


Image result for nasi ayam kelantan


Mula-mula rebus ayam hingga masak dan mendidih.



Nasi


Bahan-bahan :

-1 ½ pot beras
-1 biji bunga lawang
-2 biji bunga cengkih
-2 biji buah pelaga
-Sedikit kayu manis
-1 sudu besar marjerin
-3 sudu besar minyak masak
-Garam secukup rasa
-2 helai daun pandan
-Air rebusan ayam


Cara Membuatnya :

[1]  Panaskan marjerin dan minyak. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis bersama.

[2] Masukkan beras yang telah dibasuh. Kemudian masukkan air rebusan ayam (sukat air seperti masak nasi biasa).

[3] Tambah garam secukup rasa.

[4] Masukkan daun pandan ( yang disimpul ) ke dalam periuk tadi.




Sup


Bahan-bahan :

-Air rebusan ayam tadi
-1cm halia
-2 biji bawang putih
-1 paket sup bunjut
-Garam secukup rasa
-Sedikit gula
-Sedikit ajinamoto


Cara Membuatnya :

[1] Panaskan air rebusan ayam tadi.

[2] Tumbuk sedikit halia dan bawang putih. Masukkan ke dalam periuk air rebusan.

[3] Masukkan sup bunjut.

[4] Tambah garam, gula dan ajinamoto.

[5] Kacau dan biarkan sup itu masak.


p/s: Semasa hendak hidangkan, taburkan sedikit daun sup yang telah dihiris ke atas sup tadi.




Ayam


Bahan-bahan :

-Beberapa ketul ayam
-1cm halia
-3 ulas bawang putih
-Kicap secukupnya
-1 sudu teh madu


Cara Membuatnya :

[1] Tumbuk halia dan bawang putih.

[2] Masukkan kicap dan madu kemudian gaul bersama halia dan bawang putih tadi.

[3] Lumur pada ayam dan perap lebih kurang 10 minit.

[4] Panaskan sedikit minyak dan panggang/goreng ayam tadi hingga masak.

[5] Kemudian tambahkan kicap atas ayam tadi.





Sambal

Bahan-bahan :

-3 biji cili merah
-3 biji lada burung
-3 biji tomato
-1/2 sudu besar garam
-2 sudu besar gula
-Sedikit cuka

Cara Membuatnya :

[1] Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas.




p/s: Sesuai dijadikan sebagai menu untuk makan tengahari.



Selamat mencuba :)




Credit : Resepi Mak Tercinta