Puding Gula Hangus






Bahan-bahan 


Untuk gula hangus :

- 3 sudu besar gula
- sedikit air


Untuk puding :

- 8 biji telur
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 1 1/2 penutup esen vanila



Cara Membuatnya


[1] Kepuk telur bersama gula (untuk puding) hingga berbuih. Kemudian masukkan susu cair dan esen vanila. Kepuk adunan tadi hingga rata dan sebati.

[2] Cairkan gula (untuk gula hangus) dalam loyang atas api yang sederhana kecil. Masak gula itu hingga kekuningan/keperangan. Masukkan sedikit sahaja air dalam loyang tadi. Lenggang-lenggangkan loyang itu supaya gula itu rata. Tutup api.

[3] Tuangkan adunan itu kedalam loyang tadi.

[4] Kukus hingga masak lebih kurang 30 minit.



p/s: Sedap dimakan ketika ia sejuk dan sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.


Selamat mencuba :)




Credit : Resepi Ummi Sarah