Kek Gula Hangus


Related image


Bahan-bahan untuk gula hangus :


- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar marjerin


Cara buat gula hangus :


1] Masak gula dalam kuali hingga bertukar warna perang / keemasan (api sederhana). Pastikan gula sentiasa dikacau.

2] Kemudian, tuangkan air panas ke dalam gula hangus tadi. ( Semasa proses tuang air panas ni, hati-hati kerana air gula akan membuak / meletup. )

3] Setelah air di masukkan, gula akan sedikit berketul, biarkan dan teruskan kacau hingga larut.

4] Setelah gula larut, masukkan marjerin. Tutup api dan sejukkan. ( ingat mesti sejukkan dulu, kalau tak kek jadi bantat - tunggu sampai ada lapisan marjerin kat atas gula = macam lemak beku ) 



Bahan-bahan kek :

- 7 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum - di ayak
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara :

**  Panaskan oven 170 C selama 10 minit.

1] Pukul telur hingga kembang.

2] Masukkan susu pekat. Kisar lagi.

3] Masukkan esen vanilla.

4] Masukkan tepung sedikit demi sedikit .

5] Masukkan gula hangus tadi. Putar sebati. ( Adunan agak cair, jangan risau )

6] Gris loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

7] Bakar selama 1 jam ( 50 minit api bawah + 10 minit api atas ) suhu 170 C bergantung kepada oven masing-masing.

*** untuk dapat potongan yang cantik dam berlubang, potong tengah kemudian tengok urat kek, potong melintang garisan.


Selamat mencuba :)



Credit : Facebook



No comments:

Post a Comment