Bahan-bahan
- Roti
- Sardin
- 1 ulas bawang besar (potong dadu)
-2 biji cili merah (potong serong / kecil)
- Sedikit garam
- Minyak masak
- 1 biji limau nipis / kasturi
- 1 biji telur
- Sedikit tepung gandum + air (bancuh)
Cara Memasaknya
[1] Hancurkan ikan sardin menggunakan garpu.
[2] Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama
cili merah. Masukkan sardin. Tambahkan garam dan perahan limau nipis. Biarkan
hingga masak.
[3] Kukus roti.
[4] Gelekkan roti yang dikukus tadi menjadi leper.
Letak inti dan terus gulung. Kat hujung tu letak bancuhan tepung gandum bagi
roti tu melekat.
[5] Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng
setelah minyak panas.
Selamat mencuba :)
Credit : Mr Google
No comments:
Post a Comment