Bahan-bahan :
- 1 kg beras pulut
- 1 biji ragi
- 1 sudu besar gula
- Beberapa helai daun pisang
Cara Memasaknya :
[1] Rendam beras pulut terlebih dahulu selama 30 minit.
[2] Kemudian basuh beras pulut seperti basuh beras biasa.
[3] Kukus beras pulut tadi selama 15 minit.
[4] Angkat dan rendamkan sekejap periuk berisi beras pulut tadi ke dalam besen yang berisi air.
[5] Kukus lagi sekali beras pulut tadi selma 10 minit.
[6] Kemudian sejukkan pulut di atas dulang.
[7] Hancurkan ragi.
[8] Taburkan diatas pulut menggunakan penapis dan gaul hingga rata.
[9] Taburkan gula dan gaul hingga rata.
[10] Bungkus kecil-kecil dengan daun pisang. Buat sampai habis.
[11] Masukkan semua tapai ke dalam besen. Bungkus besen dengan kain. Biarkan ia selama 1-2 hari sehingga ia berbau tapai / kemanis-manisan.
[12] Kemudian barulah simpan dalam peti sejuk.
[13] Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba :)
Credit : Resepi Mak Tercinta
No comments:
Post a Comment