Bahan-bahan :
- 375 g ( 1 1/2 blok ) buttercup
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 2 1/2 cawan tepung jagung
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 1/2 cawan gula
Cara Membuatnya :
[1] Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
[2] Ayak tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum supaya tepung tidak berbiji.
[3] Pukul mentega dan gula ( tidak perlu sampai kembang ).
[4] Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata menggunakan spatula / senduk.
[5] Masukkan campuran tepung ke dalam adunan di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut mengunakan tangan.
[6] Masukkan kedalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4 cm di atas dulang pembakar.
[7] Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit.
[8] Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba :)
Credit : Mr Google
No comments:
Post a Comment