Mula-mula rebus ayam hingga masak dan mendidih.
Nasi
Bahan-bahan :
-1 ½ pot beras
-1 biji bunga lawang
-2 biji bunga cengkih
-2 biji buah pelaga
-Sedikit kayu manis
-1 sudu besar marjerin
-3 sudu besar minyak masak
-Garam secukup rasa
-2 helai daun pandan
-Air rebusan ayam
Cara Membuatnya :
[1] Panaskan marjerin dan minyak. Tumis bunga
lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis bersama.
[2] Masukkan beras yang telah dibasuh. Kemudian
masukkan air rebusan ayam (sukat air seperti masak nasi biasa).
[3] Tambah garam secukup rasa.
[4] Masukkan daun pandan ( yang disimpul ) ke dalam
periuk tadi.
Sup
Bahan-bahan :
-Air rebusan ayam tadi
-1cm halia
-2 biji bawang putih
-1 paket sup bunjut
-Garam secukup rasa
-Sedikit gula
-Sedikit ajinamoto
Cara Membuatnya :
[1] Panaskan air rebusan ayam tadi.
[2] Tumbuk sedikit halia dan bawang putih. Masukkan
ke dalam periuk air rebusan.
[3] Masukkan sup bunjut.
[4] Tambah garam, gula dan ajinamoto.
[5] Kacau dan biarkan sup itu masak.
p/s: Semasa hendak hidangkan,
taburkan sedikit daun sup yang telah dihiris ke atas sup tadi.
Ayam
Bahan-bahan :
-Beberapa ketul ayam
-1cm halia
-3 ulas bawang putih
-Kicap secukupnya
-1 sudu teh madu
Cara Membuatnya :
[1] Tumbuk halia dan bawang putih.
[2] Masukkan kicap dan madu kemudian gaul bersama
halia dan bawang putih tadi.
[3] Lumur pada ayam dan perap lebih kurang 10 minit.
[4] Panaskan sedikit minyak dan panggang/goreng ayam
tadi hingga masak.
[5] Kemudian tambahkan kicap atas ayam tadi.
Sambal
Bahan-bahan :
-3 biji cili merah
-3 biji lada burung
-3 biji tomato
-1/2 sudu besar garam
-2 sudu besar gula
-Sedikit cuka
Cara Membuatnya :
[1] Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas.
p/s: Sesuai dijadikan sebagai menu untuk makan tengahari.
Selamat mencuba :)
Credit : Resepi Mak Tercinta